Pada tahun 2001, Dato’ Dr. Noordin Darus, seorang pakar kesejahteraan terkemuka tanah air, disahkan menghidap penyakit kanser darah.
Bukan sahaja pencipta produk ini unik,
malah, kisah bagaimana terciptanya Rx-Water® juga unik kerana ianya
datang dari Ilahi di mana Dr. Noordin mendapat ilham dari Ilahi semasa
sedang bergelut dengan Kanser Darah, Lymphoma yang
dideritainya pada bulan April, tahun 2001 dulu sedangkan beliau
diberitahu yang beliau hanya ada dalam 3 ke 4 bulan sahaja untuk
hidup.
Setelah banyak berdoa, bermunajat & memohon petunjuk dari Allah, beliau diberi ilham oleh Allah tentang satu jenis unsur Tanah Liat
dan perantaraan air yang beliau kaji, cari dan dapatkan bahan
tersebut. Semuanya seakan dipermudahkan untuk beliau. Kemudian beliau
buat ‘prototaip’ sendiri di belakang rumahnya untuk kegunaannya
sendiri. Setelah diminum, beliau seakan-akan kenal rasa air tersebut
walaupun belum pernah meminumnya sebelum itu.
Beliau telah dapat ‘recover’
dengan cepat sekali sehingga memeranjatkan seluruh ‘warga’ Hospital
Universiti tempat beliau dirawat. Setelah sembuh, beliau rasa
bertanggungjawab untuk membantu umat Islam lain dengan penemuan beliau.
Semasa mencipta sistem ini, beliau
telah membongkarkan bahawa bahan Seramik dalam banyak alat penapis air
di pasaran diperbuat dari tulang haiwan, namun beliau bertungkus lumus
mencari bahan suci iaitu seramik yang diperbuat dari Batu Seramik asli yang bermutu tinggi.
Bahan Tanah Liat yang ditemukan oleh
Dr.Noordin ini terdapat pada kartrij no 4. Rx-Water mempunyai 4
kartrij sahaja tetapi mempunyai 8 tahap saringan. Pada Dr. Noordin
penapis air Rx-Water tidak memerlukan lebih dari 4 katrij sepertimana
penapis air lain. Yang menariknya, air Rx-Water yang
keluar dari kartrij ke 4 ini selain menjadi SUCI, ia mempunyai semacam
satu medan Tenaga pusaran ‘arah lawan jam’ yang hanya ada pada Air
Zam-Zam & air-air hidup berpenawar yang didapati di beberapa
tempat sahaja di dunia.
Medan Tenaga ini apabila masuk ke dalam tubuh kita mampu membangkitkan (rejuvenate) Self Healing System
sel kita iaitu Sistem penyembuhan semulajadi tubuh dan beliau yakin
tenaga ini adalah antara sebab utama mengapa beliau boleh sembuh.
Setelah sembuh sepenuhnya dan mencuba
air Rx-Water pada keluarga & rakan-rakan yang menghadapi pelbagai
masalah penyakit, Dr. Noordin rasa bertanggung untuk menghasilkan
sistem alat penapis air yang boleh dipasarkan untuk digunakan oleh
semua.